Selasa, 28 Disember 2010

Lokasi strategik pelajar IPT dipantau

PUTRAJAYA: Beberapa lokasi strategik penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) melakukan perbuatan tidak bermoral dengan pasangan kekasih masing-masing di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya terus dipantau bagi memastikan pasangan terbabit ditahan sebelum maruah mereka tergadai.

Selain hotel murah dan rumah sewa, beberapa apartmen turut menjadi sasaran penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapati penuntut terbabit bijak menggunakan pelbagai pendekatan termasuk lokasi terpencil dan di kawasan bukan Islam bagi melakukan kegiatan tidak bermoral.

Penuntut IPT terbabit bukan saja menjalinkan hubungan intim dengan rakan sekolej, malah sanggup mengetepikan kelas bagi berjumpa dengan kekasih di lokasi dijanjikan walaupun terpaksa berbelanja bagi menyewa hotel.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Jais, Shahrom Maarop, berkata berdasarkan perangkaan siasatan kebanyakan penuntut IPT sanggup menyewa hotel bagi menjalinkan hubungan intim dengan kekasih mereka.

Beliau berkata, Jais memang mengetahui kegiatan segelintir penuntut IPT yang menjalinkan hubungan intim dengan pasangan kekasih di hotel termasuk sudah melakukan zina.

“Kebanyakan pasangan ini bijak menutup kegiatan mereka dengan alasan mahu mengadakan perbincangan mengenai topik pelajaran yang dipelajari, tetapi menggunakan peluang itu untuk melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan