KUALA TERENGGANU: Seorang tukang urut refleksologi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas enam pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan gadis cacat penglihatan, yang berusia 13 tahun sembilan bulan pada tahun lalu dan tahun ini.
Mohd Zubir Muda, 60, dari Seberang Takir, dekat sini, dituduh di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan kerana merogol, dua pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 377 (c) (a) Kanun Keseksaan kerana melakukan seks menggunakan jari terhadap mangsa, anak rakan baiknya.
Bapa kepada empat anak itu tidak mengaku bersalah ke atas kesemua pertuduhan itu.
Dia dituduh merogol :mangsa pada 6 Jun 2010 kira-kira jam 10.30 pagi di rumah di Taman Murni Permai, Tok Jembal, di sini dan antara bulan Mac dan 4 September lalu kira-kira jam 3 petang dan 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Taman Perumahan Seberang Takir, dekat sini.
Dia juga dituduh mencabul kehormatan mangsa yang cacat penglihatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Tertuduh juga didakwa melakukan seks menggunakan jari pada kira-kira jam 10.30 pagi pada 6 Jun 2010 di sebuah rumah di Taman Murni Permai.
Zainal Abidin menetapkan 21 November depan sebagai tarikh sebut semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.
Mengikut fakta kes, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu semasa menghantar mangsa ke pusat kebajikan OKU di Kuala Nerus, di sini./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan