Rabu, 19 Oktober 2011

Samun RM130,000: Lapan diburu

KLANG: Polis memburu lapan lelaki yang dipercayai menyamun RM130,000 daripada seorang juruwang sebuah kedai tekstil di Jalan Tengku Diauddin di sini semalam.

Dalam kejadian pada 11 pagi itu, Mohammad Najmuddin Abdul Aziz, 25, disamun ketika hendak menyimpan hasil jualan itu di sebuah bank berhampiran.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop hari ini berkata mangsa disamun kira-kira 100 meter dari bank apabila sekumpulan lelaki yang menaiki motosikal mengacu parang pada leher mangsa sebelum melarikan wang tunai yang dibawanya.

"Mangsa cedera di bahagian tangan ketika cuba mempertahankan diri semasa diserang dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini. Dia dibenarkan keluar hospital hari ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad berkata siasatan awal mendapati kesemua suspek adalah warganegara tempatan dan mereka membawa dua bilah parang ketika melakukan samun./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan