Jumaat, 7 Oktober 2011

Jaga didakwa perkosa gadis

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun, Jun lalu.

Kamarul Nashikim Kamarulzaman, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Hasbi Hassan.

Mengikut pertuduhan, Kamarul Nashikim didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berkenaan di dalam sebuah bilik yang beralamat No 27, Jalan Rejang 10, Taman Setapak Jaya, Setapak di sini antara jam 4 dan 6 petang, 13 Jun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim menawarkan jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon supaya jaminan itu dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai wang yang banyak untuk membayar jaminan itu.

Mahkamah membenarkan Kamarul Nashikim diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 November ini untuk sebutan semula kes./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan