SENAI: Seorang ahli perniagaan berumur 32 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada November ini dijumpai mati berlumuran darah dalam bilik air di kediamannya di Taman Pelangi Indah, semalam.
Mangsa ditemui dengan kesan kelar di tangan dan leher sekitar jam 8.30 pagi semalam oleh ibunya.
Bakal bapa mentuanya yang hanya mahu dikenali sebagai Choo berkata, mangsa sepatutnya bertemu dengannya pada jam 9 pagi semalam untuk membincangkan urusan perkahwinan mangsa bersama anak perempuannya.
Sementara itu, Asisten Komisioner, Johor Bahru Selatan, Zainuddin Yaakob berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan