Jumaat, 28 Oktober 2011

DSP dituduh lakukan pemerasan RM40,000

Johor Bharu: Seorang anggota polis berpangkat timbalan penguasa (DSP) dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bharu hari ini atas dakwaan melakukan pemerasan dengan niat sehingga menyebabkan penyerahan wang tunai RM40,000 kepadanya.

Ravindran Kutty Krishnan, 39, DSP di Batalion 6, PGA Bakri Muar, Johor dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 14 Julai lalu jam lebih
kurang 8.30 malam di Restoran Chen Chen Siang, Simpang Jeram, Muar apabila telah melakukan pemerasan dengan niat menakutkan untuk mendatangkan kecederaan kepada Toh Chin Soon.

Tertuduh didakwa berbuat demikian sebagaimana pertuduhan iaitu dengan mengatakan:

”Jika Toh Chin Soon menjatuhkan air muka kamu, kamu boleh kasi ia mati sekiranya ia enggan bayar wang RM 40,000.00 kepada peguam bernama Tay Cheng Seng melalui kamu.”

Tindakan tersebut secara tidak jujur telah menyebabkan Toh Chin Soon menyerahkan sejumlah wang tunai RM 40,000.00 untuk memperdayakan Toh Chin Soon.

Tertuduh mengaku tidak bersalah pada pertuduhan yang dibacakan keatasnya dan hakim Madihah Hairullah menetapkan jumlah jaminan RM15,000.00 ke atas tertuduh serta pasportnya turut diserahkan kepada Mahkamah.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Heikal Ismail dan Pegawai Pendakwa, Saad Shukor./Mkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan