KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemui mati dengan tangannya terikat dan kepala dibungkus kain di sebuah kebun pisang di Kampung Kubang Palas, Binjai dekat sini hari ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mayat Saw Yee Siang, 57, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah oleh pemilik kebun berkenaan pada pukul 8 pagi.
"Ketika ditemui, mangsa lengkap berpakaian seluar trek dan kemeja t.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul dengan benda keras di kepala,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata polis percaya kejadian itu mungkin bermotifkan dendam ekoran lelaki yang beralamat di Tumpat itu bekerja sebagai kontraktor dan penjual barangan binaan./Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan