KOTA BHARU: Seorang wanita termasuk tiga suspek masih diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan ahli perniagaan Saw Yie Siang, 57, di sebuah kebun pisang, di Kampung Kubang Palas Bukit Marak, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ketiga-tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut masih dikesan polis untuk membantu siasatan
Menurutnya, polis masih mengumpulkan bukti-bukti dan giat menjalankan risikan bagi mempercepatkan tangkapan.
Baru-baru ini, mangsa yang berasal dari Tumpat, ditemui mati kira-kira jam 7.30 pagi dengan kedua-dua tangannya diikat dan kepalanya ditutup dengan kain.
Sementara itu, pada Ahad lalu polis berjaya menahan dua lelaki berusia 31 dan 35 tahun yang berasal dari Kota Bharu dipercayai mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan ahli perniagaan tersebut.
Dalam perkembangan kes lain, polis juga kini masih belum berjaya menahan seorang pelajar perempuan dipercayai ibu kepada mayat bayi yang dijumpai di Kampung Limbat, Kubang Kerian baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, mayat bayi perempuan yang dilahirkan tidak cukup bulan dibuang di dalam perigi di kawasan kebun buah-buahan dan ditemui oleh seorang penduduk.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kedua-dua kes tersebut diminta menghubungi balai polis berdekatan,” katanya./sinarhaarian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan