Selasa, 29 November 2011

Waris bayi lelaki dittinggal belakang klinik dicari

ALOR SETAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah mencari ibu, bapa atau waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar 14 Nov. lepas.

Pengarah JKM Kedah, Zulkiply Ramli berkata, selepas ditemui orang awam, bayi yang diberi nama Adam Haris, berumur 15 hari itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan dan kini telah dibenarkan keluar hospital.

"Kami memohon kepada ibu, waris atau mana-mana individu yang mengenali atau mengetahui tentang kes ini agar menghubungi Pelindung Kanak-Kanak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Mohd. Basharudin Samsudin atau Rosmini Meh di talian 04-7202370 atau 04-7202351,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Zulkiply berkata, untuk tempoh sebulan di bawah jagaan sementara, bayi berkenaan ditempatkan di Taman Sinar Harapan, Jitra./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan