Rabu, 9 November 2011

Wanita Vietnam ditahan disyaki buang bayi

buang bayi
Seorang wanita Vietnam ditahan polis, ekoran penemuan seorang bayi lelaki di dalam tong sampah di Flat Taman Desa Jati, Nilai dekat sini, kelmarin.

Wanita berkenaan berumur 24 tahun dipercayai merupakan ibu kepada bayi seberat 2.5 kilogram itu, yang ketika ditemui masih bertali pusat dan dibalut dengan pakaian seragam pekerja kilang.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azli Kamaruddin, bayi

tersebut ditemui kira-kira jam 7.30 malam, oleh orang awam yang melalui jalan di situ, yang kemudiannya melaporkan kepada polis.

Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar./Bernama








1 ulasan:

  1. berani buat ,tak berani nak tanggung ,sudahnya buang anak

    BalasPadam