Isnin, 14 November 2011

Tiga lelaki termasuk dua pegawai Kastam cuba lakukan samun

KUALA TERENGGANU: Tiga lelaki , dua daripadanya anggota Kastam ditahan ketika cuba melakukan samun terhadap seorang pekedai runcit di Padang Kemunting, Batu Rakit dekat sini Khamis lepas.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, peruncit berusia 50 tahun itu didatangi tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Kastam dan bertindak menggeledah kedai dan rumah mangsa yang terletak berhampiran dengan alasan untuk mencari barang seludup.

Curiga dengan tindakan mereka, mangsa menghubungi polis dan tindakan pantas polis menyebabkan ketiga-tiga mereka berjaya ditahan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manoharan.

Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati dua daripada tiga lelaki itu adalah anggota Kastam dengan seorang daripadanya sedang dalam tindakan gantung kerja manakala seorang lagi sedang bercuti.

"Kedua-dua mereka bukan bertugas di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Manoharan berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun itu kini direman selama empat hari./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan