ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui mati dengan perut terburai dan lehernya hampir putus di Sungai Buloh, Selangor semalam.
SUNGAI BULOH: Mayat seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan perutnya terburai manakala lehernya hampir putus di tepi jalan berhampiran tanah perkuburan Cina, Padang Tembak di sini kelmarin.
Mayat mangsa berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut ditemui pukul 9.40 malam oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.
Difahamkan, mangsa baru sahaja dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ berdasarkan darah yang masih mengalir pada tubuhnya ketika ditemui.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati mangsa telah ditetak di leher dan belakang badan hingga perutnya terburai dan lehernya hampir putus./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan