Selasa, 15 November 2011

Terjun kondo lepas gaduh

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan mati selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sungai Way, di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa berusia 19 tahun itu dipercayai terjun daripada tingkat lima kondominium berkenaan pada jam 12 tengah malam selepas bertengkar dengan teman lelakinya di kawasan parkir bangunan itu.

Menurut sumber, mangsa yang juga penuntut sebuah kolej di Cheras nekad terjun selepas bergaduh dengan teman lelakinya di dalam kereta.

“Mangsa berasal dari utara tanah air dan menuntut di kolej berkenaan sejak awal tahun lalu.

“Dia dan teman lelakinya bergaduh di dalam kereta di tingkat lima bangunan berkenaan sebelum pelajar terbabit membuka pintu dan terjun,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan