Jumaat, 11 November 2011

Seorang lelaki ditemui dengan kesan tetakan di kepala

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan cedera di belakang kepala dipercayai akibat ditetak, di kawasan tebing sungai Jalan Murai, Sentul di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, mayat lelaki rakyat tempatan itu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh pemancing yang kebetulan melalui kawasan itu tengah hari ini.

"Mayat ditemui lengkap berpakaian kemeja-T biru dan berseluar biru dan pemeriksaan pihak forensik mendapati lelaki itu dipercayai mati tidak sampai 12 jam sebelum dijumpai,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu disamun sebelum dibunuh berdasarkan barangan peribadi milik mangsa di dapati hilang, katanya.

Zakaria berkata, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan