Khamis, 10 November 2011

Guna lesung batu cederakan isteri

KUANTAN: Gara-gara mensyaki isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, seorang suami hilang pertimbangan dengan bertindak menampar dan memukul isterinya itu menggunakan lesung batu hingga cedera pada 30 Oktober lalu.

Mangsa, seorang jururawat berusia 32 tahun terpaksa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Susulan kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa membuat laporan polis manakala suaminya berjaya ditahan 5 November lalu.

Akibat daripada perbuatannya itu, lelaki terbabit dihadapkan ke Mahkamah Ma­jistret Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya itu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Amalina Zainal Mokhtar di hadapan Majistret Nurulnaim Abdullah.

Tertuduh dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM3,000 manakala 29 November depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan ikat jamin kes terbabit.

Jika disabitkan bersalah, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan