Rabu, 2 November 2011

Murid 9 tahun nyaris dinodai

PASIR MAS: Seorang murid perempuan tahun tiga cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu dan batu oleh remaja berusia 17 tahun yang cuba merogolnya dalam sebuah rumah kosong dekat Kampung Pak Roma, Machang, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa berusia sembilan tahun menunggu keluarga menjemputnya di luar kawasan sebuah sekolah rendah di Machang, kira-kira jam 4.30 petang apabila dia dihampiri lelaki tidak dikenali dan mempelawa menghantarnya pulang.

Mangsa membonceng motosikal lelaki terbabit yang kemudian membawanya ke sebuah rumah kosong lima kilometer dari sekolah itu.

Setiba di rumah berkenaan, lelaki itu cuba merogolnya menyebabkan mangsa melawan dan dicederakan suspek menggunakan kayu dan batu./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan