AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dicabul kenalannya di dalam kereta lelaki terbabit ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Muda, di sini, awal pagi kelmarin.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa dipujuk lelaki itu supaya menemaninya keluar minum di sebuah restoran berhampiran.
Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang mengantuk meminta rakan lelakinya itu supaya menghantarnya pulang ke rumah.
“Namun, dalam perjalanan lelaki itu dikatakan memberhentikan kereta lalu membuka pakaian mangsa sebelum mencabulnya.
“Mangsa yang terkejut dengan tindakan menjerit dan meronta supaya tidak diperlakukan sedemikian,” katanya.
Sumber berkata, lelaki itu mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya tidak berdiam diri.
Menurutnya, lelaki itu meneruskan perjalanan menghantar mangsa pulang bagaimanapun mangsa terjun dari kenderaan berkenaan dan melarikan diri.
Mangsa kemudian bertindak membuat laporan di balai polis berhampiran./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan