Rabu, 23 November 2011

Mayat bayi dalam beg plastik

IPOH: Mayat bayi yang dibungkus dengan plastik ditemui di tepi jalan berhampiran Pusat Perniagaan Greentown di sini hari ini.

Mayat bayi yang telah busuk dan berulat itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 9.40 pagi.

Jantina bayi itu belum dikenal pasti dan berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi berkenaan telah mati beberapa hari lepas, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat bayi itu di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan ibu bayi berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 05-2451500 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan