CHUKAI: “Ana terjun dari tingkap biliknya lepas campakkan beg pakaiannya ke tanah dan kemudian dia terus naik kereta yang sedang menunggu di tepi rumah,” kata seorang ibu, Anita Othman, 44, yang mendakwa anak gadisnya lari bersama rakannya, 9 Januari lalu.
Pelajar Tingkatan Tiga itu gagal dikesan sehingga sekarang.
Mengakui terkejut dengan tindakan anak keduanya, Wan Suhana Wan Rohin, 15, yang nekad terjun dari tingkap rumah walau tingkap rumah mereka yang agak tinggi dari tanah.
Anita berkata, dia yang menyedari perkara itu cuba mengejar selepas anaknya yang mesra dipanggil sebagai Ana terjun tetapi gagal kerana Ana pantas masuk ke dalam kereta sebelum kereta tersebut memecut laju.
Menurut ibu tiga anak ini, sebelum terjun Ana terlebih dahulu menyandarkan pintu biliknya dengan almari agar biliknya tidak dapat dimasuki.
“Tetapi anak mak cik yang bongsu sedar akan kelakuan pelik Ana yang sebelum itu mundar mandir di ruang tamu rumah. Sebaik Ana terjun dari tingkap anak bongsu mak cik yang baru berumur 12 tahun menjerit memberitahu sebelum mak cik kejar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Chukai, hari ini.
Anita dari Jalan Banggol Kanan dekat sini, yang bekerja sebagai tukang sapu memberitahu, mereka sekeluarga mengesyaki Ana lari bersama kawannya itu berusia 19 tahun gara-gara persahabatan mereka berdua berdua dihalang keluarga.
Malah, katanya, pada 2 Januari lalu Ana juga tidak pulang ke rumah sehingga waktu malam selepas keluar bersama Alan sejak jam 4 petang menyebabkan mereka sekeluarga melaporkan kes kehilangan anaknya kepada polis.Bagaimanapun kira-kira jam 2 pagi barulah Ana dihantar pulang.
"Lepas lari sembilan hari lalu puas kami cuba hubungi dia tetapi gagal sebab telefon ditutup atau dia sudah tukar nombor telefon lain. Sehingga sekarang dia tidak pulang dan langsung tiada khabar berita, kami juga puas mencarinya di Paka kerana tomboy itu tinggal di sana tetapi gagal," katanya.
Susulan itu kehilangan itu, Anita bersama suaminya, Yusof Ibrahim membuat laporan polis di Balai Polis Chukai pada 11 Januari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan berkenaan.
Justeru itu, Ana dirayu kembali semula ke pangkuan keluarga kerana dikhuatiri sesuatu yang tidak baik akan menimpanya.
Sesiapa yang terlihat Ana diharap dapat menghubungi keluarganya menerusi talian 014-8443564./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan