AMPANG: Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.
Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.
Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.
“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.
Sementara itu, menurutnya, dalam operasi sama, tindakan seorang gadis menyorok di belakang pintu bagi mengelak daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama gagal.
“Gadis berusia 25 tahun itu masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam, manakala pasangannya juga berusia 25 tahun, hanya berseluar pendek tanpa memakai baju manakala pasangannya berpakaian lengkap,” katanya./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan