KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Bangladesh berusia 30-an yang juga pekerja sebuah stesen minyak di Taman Usahawan Kepong, di sini, tergamak mencabul seorang wanita yang meminta bantuannya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, suri rumah berusia 40-an itu mulanya dikatakan meminta bantuan suspek menolongnya membuka penutup tangki minyak kereta miliknya selepas gagal dibuka.
Ketika mangsa leka mengisi minyak, suspek tiba-tiba datang memeluknya dari belakang menyebabkan wanita itu terkejut lalu terus menjerit meminta bantuan sambil memarahi suspek./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan