Ketua Polis Daerah, Superintendan Jaafar Baba berkata, suspek yang berumur belasan tahun mengunjungi mangsa berumur 15 tahun di rumah neneknya pada 20 November lalu.
"Selepas berbual panjang, suspek mengajak mangsa keluar bersiar-siar tanpa diketahui ibu bapa gadis terbabit.
"Kira-kira jam 5.30 petang, mereka keluar dengan menaiki sebuah motosikal dan diiringi dua rakan lelaki suspek, masing-masing berumur sekitar belasan tahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, suspek kemudian memaksa mangsa melakukan persetubuhan sebaik sahaja mereka tiba di sebuah rumah kosong di Kampung Ampang Tinggi, dekat sini.
"Perbuatan merogol mangsa hanya dilakukan suspek sahaja, sementara dua lagi rakannya sekadar memerhati.
"Kejadian itu terbongkar apabila mangsa menceritakan hal sebenar kepada keluarganya selepas dimarahi kerana pulang lewat ke rumah," katanya.
Jaafar berkata, keluarga membuat mangsa membuat laporan polis keesokannya.
"Polis berjaya menahan dua daripada tiga remaja lelaki terbabit untuk siasatan lanjut.
"Polis masih memburu seorang lagi remaja lelaki untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan," katanya./sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan