Jumaat, 26 November 2010

OKU maut terjun tingkat 17 pangsapuri

GEORGETOWN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 17 sebuah pangsapuri di Blok 352, Lebuh Maccalum, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 1.10 tengah hari, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abd Halim Bulat, berkata mangsa dikenali sebagai Toh Kim Huat, 46, menetap di Lebuh Nordin kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa ditemui berlumuran darah dalam keadaan terlentang oleh orang ramai sebelum memaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa dilaporkan terjun dari tingkat 17 pangsapuri berkenaan dipercayai untuk membunuh diri, namun punca kejadian masih disiasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan