Rata-rata pengunjung yang ditemui berang dengan kelakuan sumbang itu. Malah, ada mendakwa pernah terserempak dengan remaja perempuan bertudung asyik bercumbu di atas kerusi batu menghadap ke laut di situ.
Rahman Abdul Aziz, 46, terkedu sewaktu melihat perbuatan itu sedangkan masih ramai pengunjung di situ dan berpendapat penyebab utama remaja perempuan terbabit menjadi liar disebabkan ketiadaan ibu bapa di sisi.
“Remaja yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu dipercayai dari luar daerah termasuk penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang kebanyakannya berasal dari negeri lain.
“Selain itu, kurang penguatkuasaan di situ menjadi penyebab masalah tersebut berleluasa,” katanya kepada Sinar Harian.
Rakannnya, Abdullah Rawi, 50, kesal dengan perbuatan terkutuk itu sehinggakan malu untuk membawa keluarga pergi bersiar-siar di pantai tersebut kerana tempat tumpuan seperti itu kini menjadi sarang pasangan remaja memadu kasih.
Sehubungan itu, mereka berharap pihak berkuasa tempatan khususnya Pejabat Agama Islam daerah sentiasa membuat rondaan untuk menghindarkan kes seperti itu terus berlaku dengan melakukan operasi lebih kerap.
Bagi mendapat kepastian dakwaan Rahman, Sinar Harian membuat tinjauan di pantai peranginan itu semalam, dan mendapati dakwaan mengenai remaja perempuan bertudung yang dikatakan memadu kasih tanpa segan silu adalah benar.
Malah, mereka yang lena dalam dakapan pasangan masing-masing itu langsung tidak mempedulikan kehadiran orang dewasa dan kanak-kanak di sekeliling yang hanya beberapa meter sahaja dari tempat mereka berada./sinarharian
moga di beri hidayah..
BalasPadamSebagai ahli kariah pada sesuatu kawasan teguran dimestikan jangan berseorangan tetapi bialah lebih dari empat orang membuat tuguran tersebut dan jangan pula ditangkap sekadar memberi teguran dan tazkirah pendek tentang kesalahan dan azab ALLAH swt jangan mengharapkan pihak berkuasa sahaja,CEGAH MUNGKAR walaupun ia pedih.
BalasPadam