KEMAMAN: Seorang ibu, Mezian Hassan, 53, bimbang dengan keselamatan anak gadisnya, Siti Fatimah Ramli, 20, kerana tidak pulang ke pangkuan keluarga sejak keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan pada 31 Oktober lalu.
Katanya, sejak anaknya keluar rumah mencari kerja di Kuantan, Pahang, mereka hanya sempat berhubung beberapa kali termasuk petang hari dia dilaporkan keluar dan keesokannya apabila Siti Fatimah memaklumkan dia sudah mendapat kerja. “Kali terakhir menghubunginya pada 6 November lalu tetapi ketika itu hanya sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum panggilan diputuskan dan sejak itu saya tidak dapat menghubunginya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Neram Dua, Bandar Ceneh Baru, di sini, semalam. Mezian berkata, dia turut menghubungi dua lagi anaknya, masing-masing di Kedah dan Sarawak untuk mengetahui sama ada anak gadisnya itu ke sana tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Bimbangkan keselamatan Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Mezian membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, 22 November lalu.
“Saya merayu sesiapa menemui atau melihat Siti Fatimah menghubungi kami di talian 017-9895876 atau 012-6122253 atau balai polis berhampiran,” katanya./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan