Jumaat, 26 November 2010

Gadis lari dijerat cinta

KUALA LUMPUR: Masih mencari identiti selain terlalu mudah jatuh cinta dilihat sebagai faktor kuat mendorong remaja terutama gadis melarikan diri dari rumah hingga tersenarai dalam statistik orang hilang.

Perunding Psikologi K & A Applied Psychology Consultancy (KAPC), Khairol Anuar Masuan berkata, bermula usia 13 tahun, remaja sudah pandai menjalinkan hubungan intim serta ingin mencintai dan dicintai.

Katanya, bagaimanapun, remaja pada usia yang terlalu muda tidak memahami maksud cinta sebenarnya dan terlalu mengikut perasaan mereka yang sensitif, mudah terpengaruh serta dipujuk rayu.

“Ketika usia remaja sudah mula pandai bercinta walaupun tidak tahu nilai cinta dan sanggup berkorban apa saja untuk pasangan hingga diri sendiri terkorban.

“Remaja perempuan lebih mudah tertarik dengan pujukan dan dengan akal pendek sanggup tinggalkan keluarga semata-mata demi cinta yang berdasarkan nafsu,” katanya ketika dihubungi semalam./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan