ANAK panah menunjukkan arah Tong Sing terjatuh dari tingkat 14 di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan kejadian 14 buah motosikal hangus angkara perbuatan khianat kelmarin, penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak sekali lagi tersentak dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terjatuh dari tingkat 14 semalam.
Mayat Wong Tong Sing, 69, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di Blok B kawasan perumahan itu pada pukul 11.30 pagi oleh penduduk.
Mayat Tong Sing ditemui lengkap berpakaian dan dia mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Difahamkan, mangsa hidup sebatang kara dan isterinya juga gagal dikesan selepas wanita itu melarikan diri dari pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Menurut jiran, sebelum terjatuh, dia ternampak Tong Sing menuju ke tingkat paling atas itu sebelum berbaring di atas tembok sambil menghadap ke luar bangunan.
Katanya, dia yang mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku kemudian telah menjerit ke arah lelaki itu supaya turun, namun tidak dipedulikan mangsa./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan