Jumaat, 10 Februari 2012

Juruteknik ditemui mati dalam keadaan tergantung

Juruteknik ditemui mati dalam keadaan tergantung
KAPAR: Seorang Juruelektrik swasta sempat memohon maaf daripada isteri, keluarga dan rakan melalui sepucuk surat yang ditulis sendiri sebelum ditemui mati berhampiran kediamannya di Jalan Sungai Kapar Indah 6C, Taman Sungai Indah, di sini semalam.

Mangsa dikenali, Kong Ben Chung, 52, ditemui mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok oleh orang ramai yang melalui kawasan itu kira-kira jam 7.10 pagi.

Melalui surat yang ditemui dalam poket seluar mangsa turut menyebut, mendiang meminta isterinya melangsaikan segala hutang.

Mangsa yang disahkan mengidap kanser otak itu dipercayai bertindak sedemikian kerana mempunyai kaitan dengan masalah hidup yang dihadapi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada orang ramai sebelum sepasukan anggota bergegas ke rumah teres dua tingkat milik mangsa.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki dalam keadaan tergantung pada sebatang pokok dengan menggunakan tali keselamatan elektrik.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia akibat jerutan pada leher menggunakan tali keselamatan elektrik yang dipercayai milik mangsa sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Shukor berkata, berdasarkan makluman daripada isteri mangsa, suaminya masih berada dalam bilik tidur kira-kira jam 3 pagi.

Bagaimanapun, dia tidak menyedari bila suaminya keluar dari bilik mereka dan menghampiri pokok di hadapan­ rumah itu.

Katanya, berdasarkan keterangan isteri mangsa, tiada sebarang salah faham berlaku antara mereka, tetapi Ben Chung dikatakan sanggup bertindak sedemikian kerana tertekan selepas disahkan menghidapi kanser otak, baru-baru ini.

“Siasatan polis terhadap mangsa juga tidak menemui sebarang unsur jenayah, kita percaya mangsa bertindak memanjat pokok di hadapan rumahnya dengan mengikat badan menggunakan tali keselamatan elektrik sebelum terjun,” katanya.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan