Isnin, 5 Disember 2011

Tiga penjenayah ditembak mati bekas pekerja

IPOH: Tiga penjenayah yang ditembak mati ketika berbalas-balas tembakan dalam kes culik anak seorang ahli perniagaan di kawasan hutan Sungai Sejuk, Batu 3, Lintang, Sungai Siput, Sabtu lalu, merupakan bekas pekerja kepada bapa mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tiga penjenayah berumur 25 hingga 30 tahun itu telah menuntut wang tebusan berjumlah RM500,000 daripada anggota keluarga mangsa yang tinggal di Sungai Petani, Kedah.

Katanya, dalam kejadian 6.40 petang, mangsa berusia 23 tahun itu diselamatkan dan menerima rawatan di Hospital Sungai Siput akibat cedera ringan dan keluarganya telah membuat laporan polis di Kedah pada 28 November lalu selepas menerima panggilan daripada mangsa bahawa dia telah diculik dan penjenayah meminta wang tebusan.

Hasil siasatan oleh kontinjen Kedah, Perak dan Ibu Pejabat Bukit Aman, polis telah mengesan kedudukan penculik di Sungai Siput, katanya pada sidang akhbarnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam usaha menyelamatkan mangsa, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan setelah penjenayah terbabit bertindak agresif dengan melepaskan enam das tembakan./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan