Jumaat, 16 Disember 2011

Tangan lelaki terkulai ditetak ketika bergaduh

ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 30-an ditemui orang ramai dengan pergelangan tangan kanannya terkulai dan kaki kanan cedera dipercayai ditetak di sebuah kuarters di Tongkang Yard dekat sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt. Baharom Abu berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.40 malam tadi setelah berlaku satu pergaduhan antara mangsa dengan seorang lelaki lain yang seusia dengan mangsa.

Katanya, pihaknya percaya mangsa yang cedera di pergelangan tangan dan kaki dipercayai ditetak dengan menggunakan senjata tajam sewaktu berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa.

Orang ramai yang menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri segera menghubungi polis dan ambulans untuk mendapatkan bantuan. Mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan