Selasa, 6 Disember 2011

Gadis diperkosa hamil tujuh bulan

KAJANG: Tanda tanya seorang ibu mengenai perubahan fizikal anak gadisnya berusia 16 tahun sejak beberapa bulan lalu terjawab apabila remaja itu disahkan hamil tujuh bulan akibat dirogol teman lelakinya awal tahun ini.

Rahsia itu terbongkar apabila rakan remaja berkenaan menceritakan kejadian itu kepada seorang rakan lain sebelum dimaklumkan kepada ibu mangsa.

Pada mulanya, ibu mangsa sangsi dengan kejadian menimpa anaknya sebelum membawa mangsa menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan hujung November lalu bagi mengetahui kesahihan dakwaan itu.

Sebaik mangsa disahkan hamil, ibu mangsa berusia 41 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku awal tahun ini./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan