Sabtu, 3 Disember 2011

Beg diragut selepas pinjam wang

Siti Mariam masih terlantar di Hospital Pulau Pinang semalam selepas cedera ketika cuba menghalang peragut melarikan beg tangan kakaknya.
GEORGE TOWN:Tekad dua beradik cuba menyelamatkan beg tangan yang diragut seorang lelaki di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini tidak berhasil apabila motosikal mereka ditendang suspek sehingga terbabas kelmarin.

Akibatnya, Siti Mariam Zulkifli, 25, bersama kakaknya, Noor Azlinah, 40, cedera selepas tersungkur di bahu jalan dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu.

Siti Mariam cedera di muka dan patah tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) manakala kakaknya hanya luka ringan di tangan./kosmo

1 ulasan:

  1. erm, kesian ... dia ni kwn sy...sy baru tahu je tdi



    sy NIENA PENGEMBARA ILAHI, ini id ank buah sy :D

    BalasPadam