Jumaat, 2 Disember 2011

Pengawal didakwa mencabul juruaudit

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang juruaudit di sini, bulan lepas.

Ahmad Tarmizi Mohd Nordin, 54, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 30 tahun itu dengan meramas punggungnya, di lorong antara kedai di Jalan Lumut, Dang Wangi di sini pada pukul 12.40 tengah hari, 30 Nov. lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta jumlah tersebut dikurangkan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan Ahmad Tarmizi diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Dis untuk sebutan semula kes./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan