Khamis, 15 Disember 2011

Lelaki maut dipukul kerana cemburu

ALOR SETAR: Seorang lelaki mati dipercayai selepas dipukul di satu kawasan semak berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Macang Kudong, Pokok Sena, semalam.

Hamdan Saad, 54, dipercayai dipukul oleh dua lelaki akibat cemburu, kata polis.

"Selepas dipukul, mangsa sempat hubungi salah seorang anaknya sebelum anaknya pergi mengambil mangsa di ladang itu,” kata pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt. Baharom Abu di sini hari ini.

Beliau berkata, Hamdan kemudiannya dibawa pulang ke rumah di Pekan Langgar oleh anaknya sebelum keluarganya membuat laporan di Balai Polis Langgar dan dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan