Jumaat, 16 Disember 2011

Ditetak tegur jual dadah

AMPANG: Akibat menegur tindakan dua lelaki menjual dadah secara terbuka menyebabkan seorang lelaki berusia 30 tahun diserang dan ditetak ahli kumpulan berkenaan, kelmarin.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit cedera di kepala manakala seorang lagi pekerjanya turut cedera di badan selepas diserang sekumpulan lelaki warga Myanmar itu.

Dalam insiden kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang sedang menjalankan perniagaan di sebuah premis di Pandan Mewah, di sini, melihat kehadiran dua lelaki ke kedai makan bersebelahan premisnya dalam keadaan mencurigakan.

Sumber berkata, dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu berani menjual dadah kepada pelanggan kedai berkenaan secara terbuka.

“Mangsa yang melihat gelagat mereka itu bagaimanapun tidak menghiraukan perbuatan berkenaan kerana bimbang dicederakan.

“Namun, pekerja mangsa yang berang melihat tindakan mereka itu tidak puas hati dan menyuruh mangsa menegur mereka secara baik,” katanya.

Menurutnya, mangsa hanya berdiam diri sehinggalah dua lelaki terbabit datang ke kedainya dan mahu menjual dadah kepada seorang pekerjanya membuatkan dia berasa bertanggungjawab menegur mereka./hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan