BUTTERWORTH: Seorang tukang kayu yang digelar ‘Kambing Tua’ maut apabila ditembak pada jarak dekat di Jalan Bagan Lalang, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, Tham Chong Yat, 42, meletakkan motosikalnya berhampiran sebuah tong sampah di tepi jalan sebelum dihampiri sebuah kereta Proton Saga.
Menurut saksi, dia terdengar dua das tembakan ketika berada dalam kedai lalu bergegas keluar untuk membuat pemeriksaan. “Sebaik keluar, saya nampak Proton Saga itu memecut laju, manakala seorang lelaki terlentang atas jalan dengan berlumuran darah,” katanya.
Polis yang menjalankan siasatan menemui satu kelongsong peluru di tempat kejadian.
Mangsa yang tinggal di Taman Seri Murni, Sungai Dua, dekat sini, masih bernyawa selepas ditembak di rusuk kanan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dua jam kemudian kerana kehilangan banyak darah.
Mangsa yang sudah berkahwin mempunyai dua orang anak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan masih dijalankan./hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan