IMRAN (tengah) dan pegawainya menunjukkan gambar barangan milik mangsa bunuh seperti kunci, jaket, tali pinggang dan seluar pada sidang akhbar di Sepang semalam.
SEPANG: Siasatan terhadap satu mayat lelaki yang ditemui di dalam belukar dekat landasan Express Rail Link (ERL) dari arah Putrajaya ke stesen KL Sentral, Presint 11, Putrajaya pada 23 November lalu mendapati mangsa telah dibunuh selepas dipukul.
Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, mayat yang belum dikenal pasti itu telah mati di antara dua minggu dan dua bulan ekoran keadaannya yang berulat.
Katanya, punca kematian mangsa akibat pukulan kuat di kepala.
"Bedah siasat mendapati dagu kanan, dua tulang rusuk kiri dan kanan mangsa patah manakala tengkorak kanan dan patang tulang pipi kanan pula retak.
"Mangsa berusia lingkungan 30 dan 40-an itu mempunyai ketinggian di antara 1.63 dan 1.69 meter. Hidungnya juga patah, hilang gigi rahang serta terdapat implan pada tangan kanan dan kaki kanan yang dipakai ekoran terlibat dalam kemalangan," katanya./kosmo

Tiada ulasan:
Catat Ulasan