Rabu, 21 Disember 2011

Lelaki mati ditembak 10 das di Batu Caves

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sedang menunggu di dalam kereta mati ditembak sekumpulan lelaki di perkarangan Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Rosly Hassan berkata, Morgishu Subramaniam, 40, warga tempatan, mati di tempat kejadian selepas terkena 10 das tembakan dari jarak dekat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang menunggu saudara perempuannya, Krisnani Subramaniam, di dalam kereta Toyota Vios.

Katanya, mangsa tiba-tiba didatangi lima lelaki yang memakai topi keledar sebelum 11 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa.

Rosly berkata, 10 das tembakan itu mengenai mangsa manakala satu das lagi mengenai Krisnani yang ketika itu sedang menghampiri kereta mangsa./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan