Khamis, 13 Januari 2011

Satu keluarga mangsa dera

JOHOR BAHRU: “Saya juga pernah menjadi mangsa dera suami sendiri.” Demikian pengakuan Nur Aquilla Razali, 27, ibu kepada Nur Dania Qistina, 3, yang meninggal dunia disyaki didera di Kampung Sungai Tiram di sini Ahad lalu.

Menurut Aquilla, dia telah didera sejak setahun lalu. Ekoran tidak tahan, dia membuat laporan polis tahun awal tahun ini dan kini dalam proses untuk bercerai.

Suaminya dan seorang wanita kini direman sehingga 17 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Suami sering menyepak dan menerajang saya sejak setahun lalu. Tidak tahan dengan perbuatannya, saya meminta cerai,” ceritanya ketika ditemui selepas membuat laporan berhubung penderaan anak sulungnya, Nur Dania Batrisha, 5, di Balai Polis Johor Jaya di sini semalam.

Nur Dania Batrisha dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas disyaki turut menjadi mangsa dera. Matanya bengkak dan masih ada kesan darah beku./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan