Rabu, 19 Januari 2011

Remaja maut dibunuh rakan Facebook

VILNIUS (Lithuania): Seorang remaja lelaki ditahan kerana disyaki membunuh kenalan barunya selepas mereka bertemu hasil perkenalan di Facebook, kata polis semalam.

Suspek, 14, didakwa bertemu mangsa selepas mereka saling bertukar-tukar mesej melalui laman sesawang sosial popular berkenaan.

Jurucakap polis Lithuania berkata, mayat remaja perempuan berusia 13 tahun itu ditemui pihak berkuasa di pinggir Vilnius pada petang kelmarin.

Katanya, mangsa berasal dari Alytus di selatan Lithuania dan pergi ke pinggir ibu negara Lithuania itu untuk bertemu suspek yang tinggal di situ./AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan