Selasa, 25 Januari 2011

Buat tuntutan palsu untuk melangsaikan hutang kad kredit

KUALA LUMPUR: Terdorong untuk melangsaikan hutang kad kredit berjumlah RM80,000, seorang bekas Penolong Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Putrajaya sanggup menipu memalsukan beberapa butiran pernyataan tuntutan palsu dua tahun lalu.

Akibatnya tertuduh Mohd. Nazri Mohd. Radzi, 28, dikenakan hukuman denda sebanyak RM230,000 dan dipenjara 14 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah disabitkan bersalah atas empat tuduhan berkaitan.

Daripada denda sebanyak RM230,000 itu, Hakim Rozilah Salleh bersetuju supaya tertuduh membayar secara ansuran sebanyak RM46,000 selama lima bulan bermula pada 28 Januari ini.

Terdahulu, Mohd. Nazri menukar pengakuan tidak bersalah kepada mengaku bersalah selepas keempat-empat tuduhan dibacakan kepadanya sekali lagi semalam.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Rozilah bertanyakan kepada tertuduh untuk apa dia memerlukan wang yang banyak.

Mohd. Nazri dengan wajah murung memberitahu, dia memerlukan wang bagi membayar hutang kad kredit yang kesemuanya berjumlah RM80,000./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan