Khamis, 13 Januari 2011

Guru agama ditahan cabul gadis terkena sihir di bilik mandi

NIBONG TEBAL - Seorang guru agama ditahan polis selepas didakwa mengubati penyakit seorang gadis berusia 14 tahun dengan kaedah rawatan pelik iaitu mandi bersamanya pada Ahad lalu.

Mangsa dan ibunya dikatakan datang ke rumah suspek di sini kira-kira pukul 8.30 pagi kerana dikatakan terkena sihir dan kerap bergaduh dengan adik-beradiknya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, sebelum rawatan dijalankan di dalam sebuah bilik tidur, suspek telah meminta ibu mangsa supaya menunggu di luar bilik./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan