Khamis, 13 Januari 2011

Lelaki maut ketika cuba ragut lagi

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang cuba meragut seorang wanita, maut apabila motosikal yang dinaikinya merempuh pembahagi jalan berhampiran sebuah kompleks beli belah di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Lelaki berusia 24 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala, manakala wanita yang cuba diragutnya turut cedera dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Zainuddin Yaakob berkata, siasatan polis mendapati lelaki terbabit sebelum itu telah meragut beg tangan seorang wanita berusia 30-an yang berisi telefon bimbit dan wang tunai di kawasan yang sama.

"Kami percaya lelaki itu tidak berpuas hati dengan hasil ragutnya yang pertama dan cuba meragut seorang lagi wanita lain.

"Tetapi dia hilang kawalan ke atas motosikalnya menyebabkan dia merempuh pembahagi jalan,” katanya./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan