Selasa, 11 Januari 2011

Permit Pasir: Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat Dipenjara Enam Bulan

SHAH ALAM: Seorang Penolong Pegawai Daerah dihukum penjara enam bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini keranamenerima rasuah RM10,000 daripada seorang ketua pegawai eksekutif sebuahsyarikat berhubung permit pasir, dua tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap NorhanizatuazwinSamsuri, 30, selepas berpuas hati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, Mat Ghani membenarkan permohonan peguam K.Puspalingam untukmenangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di MahkamahTinggi dan mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Norhanizatuazwin merupakan antara 38 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di beberapa negeri pada tahun lepas berhubungisu permohonan permit pasir.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Trans Loyal Development SdnBhd di Jalan Bukit Mewah, Taman Bukit Mewah, Kajang, pada 12.30 tengah hari, 14Mac 2009, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabitkesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, Norhanizatuazwin bersetuju menerima cek RM10,000 iaitu bayaran bagi peringkat 2(a) dan sebahagian peringkat 2 (b) rumahnya diC-4-25, Rumah Pangsa Kajang Impian daripada Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Winmont Develop Sdn Bhd Datuk Lau Kim Soo, sedangkan tertuduh tahu syarikat itumempunyai hubung kait dengan tugasnya ketika kejadian, iaitu sebagai PenolongPengarah Daerah (Tanah) di Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat.

Winmont Develop adalah syarikat yang terbabit dalam kerja-kerja pengeluaranpasir di Sungai Long, Kajang, untuk dijual.

Sebelum ini, dia menghadapi tuduhan utama mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM2009, bagaimanapun, pada 20 Oktober lepas, Norhanizatuazwin dibebaskan daripadapertuduhan tersebut dan sebaliknya, dia diperintah membela diri bagi pertuduhanpilihan di bawah Kanun Keseksaan.

Terdahulu, ketika memohon hukuman ringan, Puspalingam berkata anak guamnyatidak mempunyai pendapatan tetap selepas digantung kerja, dan dia terpaksamenyara anak serta ibu bapanya, selain membayar ansuran rumah.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Muhammad Sinti pula meminta mahkamah menjatuhkanhukuman setimpal terhadap Norhanizatuazwin dengan mengambil kira faktorkepentingan awam./Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan