Isnin, 4 April 2011

Warga emas dihukum gantung


REAKSI Chin Hua ketika diiring keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar atas kesalahan membunuh jirannya.

ALOR SETAR: Seorang warga emas dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan membunuh jirannya dengan sebilah pisau di sini tujuh tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani A. Rahim menetapkan keputusan itu selepas mendapati Lee Chin Hua, 68, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan membela diri.
Tertuduh yang diwakili peguam, Chong Weng Kong dan Jamil Shafie tenang sebaik hukuman dijatuhkan.
Zamani dalam penghakiman lisannya berkata, keterangan Chin Hua semasa membela diri termasuk tujuh saksi bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwa dan bahan bukti dalam kes itu.
Antaranya beliau menolak keterangan tertuduh menyatakan dia menggunakan pisau tersebut untuk mempertahankan diri daripada dicederakan si mati, namun tiada laporan kecederaan ke atasnya.
"Tindakan tertuduh yang mengeluarkan sebilah pisau dan berkata, 'Kau mesti mati hari ini,' jelas membuktikan tertuduh berniat untuk membunuh," ujar Zamani lagi./kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan