Jumaat, 22 April 2011

Isteri mekanik dicekup bersama teman lelaki

SEBERANG PINTASAN: Seorang wanita yang mengaku berstatus janda anak satu terpaksa berdepan ujian berganda apabila dia yang sebenarnya masih isteri kepada seorang mekanik berusia 50-an dicekup pihak berkuasa selepas memadu asmara bersama teman lelaki di sebuah rumah, dekat sini, pagi kelmarin. 

Wanita berusia 20 tahun yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan pertama dengan seorang kaki pecah rumah itu, ditahan polis bersama seorang lelaki yang juga penagih dadah di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci itu tiada di rumah. 

Dia yang sudah beberapa bulan ditinggalkan suami berikutan tiada persefahaman, dikatakan mula menjadikan beberapa lelaki sebagai teman tidur untuk memuaskan nafsunya. 

Wanita terbabit mengakui, akibat digantung tidak bertali perasaannya semakin tertekan. 

Dia yang hanya tamat Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar berkata, akibat tekanan emosi juga, dia menjadi mangsa sogokan dadah jenis pil kuda oleh beberapa teman lelakinya yang juga seorang kaki dadah. 

Akhirnya, dia yang ditangkap dengan seorang lelaki berusia 35 berasal dari kampung Kubang Putat dipercayai selepas melakukan adegan seks di rumahnya itu disahkan positif methapethamine melalui ujian saringan air kencing. 

Suspek yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah itu bersama pasangannya, selain disiasat mengikut Seksyen 15(1) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 turut dihadapkan ke Mahkamah Syariah atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan