Rabu, 27 April 2011

Jatuh dari tingkat 14 hotel

TANJUNG KLING: Seorang lelaki ditemui mati selepas terjatuh dari sebuah hotel, di sini semalam. 

Lelaki yang dipercayai merupakan peniaga dari Skudai, Johor itu ditemui kira-kira 12 tengahari di tingkat bawah luar hotel berkenaan. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, mangsa sebelum itu didapati mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira 9 pagi untuk menginap di sebuah bilik di tingkat empat. 

Menurutnya, mangsa bagaimanapun dipercayai naik ke luar koridor tingkat 14 hotel tersebut. 

“Pengawal keselamatan hotel berkenaan ternampak mangsa dan cuba menghalangnya duduk di koridor berkenaan. Bagaimanapun mangsa tiba-tiba dilihat terjun dari tingkat berkenan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, semalam. 

Ghee Lye berkata, semasa kejadian, mangsa memakai kemeja-T berwarna putih dan hanya berkain sarung. 

“Mangsa merupakan seorang Cina Muslim dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan