Rabu, 6 April 2011

Pelajar dakwa dirogol jiran?

KAMPUNG RAJA: Seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mengadu dirogol oleh jiran sekampung di rumah neneknya di Kampung Lak Lok dekat Jertih antara Mac lalu hingga awal April ini. 

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Nor Zainy Mohd Noor berkata, mangsa yang berumur 14 tahun itu mendakwa dia dirogol sebanyak dua kali oleh suspek berumur 18 tahun yang turut dikenali mangsa. 

Nor Zainy berkata, bapa mangsa juga mendakwa, anaknya didakwa dirogol sebanyak dua kali. 

Katanya, kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah nenek mangsa ketika nenek mangsa pergi menunaikan solat di surau berdekatan. 

“Suspek dikatakan mengambil peluang ketika tiada orang di rumah itu dan pergi ke rumah nenek mangsa untuk melakukan perbuatan terkutuk itu. 

“Kejadian pertama didakwa berlaku Mac lalu manakala kali kedua pada Jumaat lepas apabila mangsa dipaksa melakukan hubungan seks kali kedua oleh suspek,” katanya. 

Nor Zainy berkata, bapa mangsa yang mengetahui kejadian itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Jertih, malam kelmarin. 

Suspek seorang pe-nganggur sudah dikenal pasti dan usaha menjejaki suspek giat dijalankan. 

Menurutnya, siasatan dijalankan melalui Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesala-han 

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut sebelum diambil keterangan lanjut berhubung kejadian terbabit,” katanya./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan