Jumaat, 17 Jun 2011

Waris lelaki mati tergantung dicari

KLANG: Waris kepada lelaki yang ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya, di Jalan Nenas, Meru, Klang, kelmarin diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 

Ketika kejadian, si mati ditemui tergantung kira-kira jam 12 tengah hari oleh jirannya. 

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal berseorangan didapati tidak keluar rumah sejak Khamis lalu menyebabkan rakannya ke rumah mangsa. 

“Pada masa sama, jiran mangsa juga terhidu bau busuk dari rumah itu sebelum menghubungi pihak polis. 

“Kita tiba tidak lama selepas itu dan terpaksa memecah masuk rumah mangsa kerana berkunci. Lelaki itu didapati tergantung dengan tali pada kipas di siling ruang tamu rumah,” katanya. 

Menurut sumber, polis tidak menemui sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa. 

Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kes diminta menghubungi Balai Polis Kapar di talian 03-3250 822 atau terus menelefon Sarjan Zakaria di talian 012-250 1822./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan