M. Suresh, 27, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Anita Harun selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Mengikut pertuduhan, Suresh dituduh merogol mangsa di dalam tandas pelajar perempuan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Kuan, Sekinchan di antara pukul 9 dan 9.15 malam pada 4 Jun lalu.
Pendakwaan yang dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nizi Shazril Ithnin dibuat mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan./kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan